I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Monday, August 3, 2009

On Political Stakeholders of Malaysia


Demonstrasi anti-ISA masih heboh diperkatakan. Masyarakat masih rancak membicarakan sama ada demonstrasi ini memberikan kebaikan atau keburukan. Di kem BN, sudah tentunya demonstrasi ini dilihat sebagai satu lagi program yang tidak berfaedah dan menggugat kestabilan negara. Di kem PR pula demonstrasi ini dilihat sebagai satu kejayaan berdasarkan liputan yang amat meluas yang diberikan oleh media sama ada di dalam atau di luar negara. Apa yang menarik perhatian saya dalam isu demonstrasi ini ialah keupayaan pihak PR (terutamanya PAS) dalam menggembengkan ahli2 dan pengikutnya untuk menghadiri demo ini. Tanpa dijanjikan wang ringgit (saya tidak percaya adanya sogokan wang ringgit) rakyat Malaysia dari segenap pelusuk tanahaiar turun ke KL untuk menjayakannya. Walaupun amaran demi amaran telah diberikan oleh pihak Polis, mereka langsung tidak menghiraukan amaran-amaran tersebut. Amat berbeza sekali jika kita lihat kepada perancangan Pro-ISA di mana setelah beria-ia merancang untuk 'sama naik' dengan geng2 anti-ISA, geng Pro-ISA beransur2 mengundurkan diri sehinggalah berbaki seorang hamba Allah yang berjalan kaki dan menikmati buah durian berdekatan dengan Istana Negara.
Yang ingin saya bicarakan di sini ialah apa yang 'membolehkan' 20000-30000 orang (ada laporan berkecuali yang mengatakan setinggi 40000) ini untuk pergi berhimpun di KL walaupun pelbagai amaran telah diberikan. Perlu diingat jumlah ini dikira agak besar kerana kalau kita lihat prinsip persampelan statistik, jika andaian 1 hadir mewakili 10 yang tidak hadir, kita sebenarnya menyaksikan 200k ke 300k rakyat Malaysia yang memberikan protes secara langsung terhadap ISA.
Apa yang saya nampak ialah kumpulan2 ini wujud disebabkan mereka tidak lagi melihat kepentingan2 negara itu sebagai sebahagian daripada mereka. Mereka tidak menganggap keuntungan perniagaan di Jalan TAR itu adalah milik mereka. Mereka juga tidak menganggap tindakan mereka akan mencemarkan nama Malaysia tetapi hanya mencemarkan nama kerajaan BN. Sikap begini adalah satu indikasi bahawa mereka rasa mereka bukanlah 'stakeholders' di dalam kerjaan Malaysia.
Dengan mengandaikan bahawa kerajaan Malaysia adalah kerajaan BN dan geng2 anti-ISA adalah puak PR mungkin anda menganggap tidak ada kesalahannya dalam memberikan tanggapan begitu (anti-ISA non stakeholders). Tetapi bagi saya jika pemerintah ingin melihat rakyatnya mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara, konsep stakeholder ini wajar dipraktikkan.
Bagi saya timbul isu non-stakeholders ini berkait rapat dengan polisi 'divide and rule', dan 'isolate the opposition' yang di amalkan selama ini. Di peringkat2 jabatan kerajaan umpamanya, staf2 yang cenderung kpd pembangkang akan di'cold storage'kan dan dlm kes2 ekstrem di tukarkan ke pedalaman, Sabah dan Sarawak. Di kampung2, mereka yang dilabel pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk memohon bantuan atau menyertai program2 yang dianjurkan kerajaan. Peniaga/Businessman pula hanya mampu berniaga kecil2lan atau dalam bahasa mudahnya B2C (Bus. to Consumer) sahaja, peluang2 utk B2G (Bus to Govt) adalah amat mustahil kecuali mempunyai hubungan dengan parti pemerintah.
Maka tidak hairanlah, lama kelamaan mereka merasakan bahawa mereka tiada lagi kepentingan dalam pembinaan negara (nation building), tenaga mereka tidak pernah dianggap penting malah dipulaukan. Dalam peringkat seperti ini urusan pentadbiran dan kerajaan lebih dilihat sebagai aktiviti BN sahaja. Segala arahan pula tidak akan mereka patuhi kerana sebab2 yang diberi (menjejaskan perniagaan, ketenteraman) tidak lagi relevan kpd mereka kerana selama ini pun hidup mereka telahpun terjejas akibat polisi2 BN itu.
Oleh itu, di dalam era di mana pecahan sokongan kepada pemerintah hanyalah pada kadar 50% sahaja, pendekatan "divide-isolate and rule" ini sudah lagi tidak relevan memandangkan jumlah mereka yang menjadi mangsa "divide-isolate and rule" adalah teramat besar, hampir menyamai mereka2 yang menyokong pemerintah. Pada kadar 50% ini, boleh dikatakn kerajaan BN menghadapi kesukaran mengekalkan kredibilitinya di mata rakyat.
Di titik persimpangan ini kerajaan hanya ada dua pilihan, pilihan perama ialah dengan memerintah dengan gaya yang lebih keras (disebabkan penyusutan kredibilit) atau mengambil pendekatan melibatkan kerjasama dari semua warga Malaysia. Saya lebih cenderung untuk mencadangkan pendekatan kedua iaitu dengan melihat semua rakyatnya adalah stakeholders. Mana2 yang belum lagi menjadi stakeholders, kerajaan perlu jadikan mereka stakeholders. Di dalam proses ini sudah tentu kerjaan BN akan kelihangan beberapa benda antaranya akan dilihat berlembut dengan pembangkang, tapi percayalah, jika BN benar2 ikhlas dalam perjuangan itu tidak akan menjadi masalah yang besar, bak kata org tua2 "ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya".
Di peringkat negeri, satu contoh stakeholders ialah dengan memberikan royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan untuk diuruskan kerajaan PAS. Apabila hubungan royalti itu terjalin antara PAS-Petronas-Kerajaan BN-Pengusaha Industri Minyak (Banyak juga BN) satu hubungan yang dinamik akan terjalin. Ketika itu, a plain 'UMNO Kafir' atau 'PAS Barua' tidak akan mudah terungkap mengenangkan 'stakes' at hand.
Tinggal lagi, adakah kerajaan BN sanggup mengambil pendekatan se-drastik ini???

No comments:

Post a Comment