I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Monday, September 5, 2011

On Siapa Hero Kemerdekaan Negara???

Bagi saya zaman pra-merdeka adalah zaman kegelapan orang2 melayu. Zaman di mana semua org meraba-raba mencari sinar bagi membebaskan diri dari belenggu gelita yang sudah berlangsung selama beberapa ratus tahun lamanya. Di dalam desakan kegelapan ini dan taraf pendidikan yang tak seberapa mcm2 yg terjadi, ada yg ke kiri ada yang ke kanan.

Bagi saya yg lebih zalim adalah kita yg sekonyong konyongnya membuat pelbagai andaian dan kesimpulan di atas kehidupan mereka...meneruskan cerita mat indra, polis british, komunis atau askar jepun sebenarnya hanyalah membuka pekung di dada kita sendiri, pekung org2 melayu dengan ikhtiar hidup masing2 di zaman pra-merdeka ini. Lagipun sebilangan besarnya sudah meninggal, biarlah Allah shj mengadili mereka tanpa kita menokok tambah lagi.

Biar apapun ikhtiar org2 melayu pada masa itu, saya cukup yakin bahawa intipati utamanya ialah semuanya mengimpikan sebuah kemerdekaan. Oleh itu, lebih baik kita menumpukan kepada kemerdekaan yg kita sudah miliki ini. Barangkali di awal kemerdekaan dulu, pucuk pimpinan negara ada 'bau'2 british tapi kita sudah beransur-ansur meloloskan diri dari asosiasi ini. Kini dengan dokongan melayu gemilang, cemerlang dan terbilang kita sudah mempunyai acuan pemerintahan sendiri tinggal lagi kita harus meneruskannya untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Semangat inilah yang kita harus bangkitkan sebagai membalas ikhtiar org2 melayu zaman kegelapan itu. Jika mat indera itu ikhlas berjuang, jika polis bukit kepong itu gigih mempertahankan negara sudah tentu mereka bangga bahawa anak cucu mereka telah merdeka dan yang lebih penting lagi darah mereka yang mengalir tidak dipersia siakan dengan debat2 kosong sambil berpeluk tubuh dah mendabik dada. Tanah airku tanah tumpah darahku. Selamat menyambut kemerdekaan negara.