I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Monday, August 31, 2009

On Oil Price Restructuring

Kenapa kerajaan kelihatan tidak cerdik? Apabila RON95 mula2 diperkenalkan sekitar bulan Mei 2009 kerajaan mengisytiharkan akan menghapuskan RON92 dan sebagai ganti RON95 akan digunakan bermula 1 Sept 2009 dgan harga pasaran RM1.75. Berita2 ttg RON95 boleh dilihat di sini , sini dan sini. Malangnya sehari sebelum RON95 benar2 digunakan di seluruh negara, kerajaan sekali lagi mengisytiharkan harga RON95 telah dinaikkan kepada RM1.80 (Mstar) dengan alasan harga minyak dunia sudah mencapai USD80 per barrel.
Jika pada 1 sept 2009 harga RM1.80, kenapa selama berbulan2 kebelakangan ini rakyat diberitahu harganya ialah RM1.75 (pd 1 Sept). Rakyat diberitahu bahawa harga RON95 adalah murah dan lebih rendah dari RM1.80. Tiba2 dihari yang sepatutnya dijual (secara rasmi) harganya bukanlah RM1.75 seperti yang dihebohkan tetapi RM1.80. Sikap tidak konsisten begini akan mencalarkan imej kerajaan dengan teruk sekali. Dengan memberikan alasan minyak dunia berharga USD80 (ini pun tipu kerana harga semasa berlegar antara USD60-USD72) kerajaan seolah2 dilihat tidak melakukan proses pelunjuran di mana nilai hadapan (future value) tidak pernah diambil kira. Mengambil kira future value adalah perkara lumrah dalam apa-apa perancangan pentadbiran dan penentuan harga minyak tidak terkecuali.
Apapun 'the damage has been done', dari segi rakyat, mereka akan melihat kerajaan cuba menipu dan tidak ikhlas dalam menguruskan harga minyak. Adalah lebih baik jika dari awal lagi kerajaan sudah berterus terang bahawa harga 1 sept tidak ditetapkan lagi dan akan mengikut keadaan. Harga RM1.75 hanyalah harga promosi sehingga ke tarikh tersebut. Jika kerajaan berterus terang begini rakyat tidak akan merasa tertipu walaupun harganya naik ke RM1.80.

Thursday, August 27, 2009

On The Need for a True Dual-Party Political System

Parti-parti di dalam BN berantakan lagi. UMNO, parti utama di dalam Barisan Nasional masih belum pulih dari kekalahan PRU12 yang lepas. Setelah 7 kali PRK diadakan UMNO hanya mampu mempertahankan Batang Ai di samping terpaksa berputih mata didalam 6 PRK yang lain. Kewujudan puak2 di dalam UMNO, kelemahan berkomunikasi dengan rakyat dan kelemahan di dalam memastikan UMNO bersih dari rasuah menyebabkan UMNO sehingga kini masih lagi bergelut utk mencari tapak kestabilan. MCA, parti komponen kedua terbesar juga sedang menghadapi masalah dalaman. Kemasukan Datuk CJM ke dalam PKR, pemecatan Datuk CSL dari MCA dan skandal PKFZ telah menggegarkan MCA dengan adegan cabar mencabar sesama ahli. MIC, sebuah lagi parti di dalam BN masih menghadapi kemelut kepimpinan yang tidak berkesudahan. Begitu juga dengan PPP yang sudah pun berpecah dua kepada kumpulan Datuk M Kaveas dan Murugiah.

Ada yang mengeluh betapa BN sudah tidak kuat 'seperti dahulu lagi' atau BN sekarang berantakan 'tidak seperti dahulu'. Sebenarnya krisis dalaman parti BN merupakan perkara yang sentiasa berlaku. Siapa yang sudah lupa tentang krisis MCA di tahun 80-an yang memaksa UMNO campur tangan atau pergaduhan di antara Datuk Samy Vellu dengan Bekas Timbalannya sedikit masa dahulu. Dan sudah tentu masyarakat tidak akan lupa dengan krisis dalaman UMNO yang menyebabkan perpecahan kepada S46 dan Parti Keadilan Rakyat.

Soalnya berapa lamakah rakyat dapat bertolak ansur dengan perbalahan tak berkesudahan ini??? Perbalahan ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menjejaskan pentadbiran negara. Kos kehidupan semakin meningkat. Sebenarnya kuasa beli rakyat kita amat jauh ketinggalan dengan negara serantau. Kos membeli kenderaan umpamanya adalah berkali ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan Spore atau Thailand. Kos sewaan hotel di Dubai utk sebuah bilik sederhana adalah lebih kurang RM1500/malam berbanding dengan RM200/malam untuk sebuah bilik dengan fasiliti yang sama di Kuala Terengganu. Keadaan begini sebenarnya menekan rakyat kerana dengan gaji bulanan yang kecil, mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi terutama jika memakai barangan dari luar negara.

Adakah kita terpaksa melayan drama-drama di dalam BN sehingga usaha2 membangunkan negara terpaksa ditangguh atau diperlahankan. Adakah kita terpaksa akur dengan perlantikan2 berbau politik ke atas jawatan2 tertentu negara akibat dari krisis antara personaliti di dalam BN??

Sebab itu saya sebenarnya lebih selesa untuk kita mengorak langkah kepada sistem dua parti di mana jika BN berantakan PR boleh mengambil alih. Jika PR pula berantakan BN boleh mengambil alih. Dengan keadaan ini, negara kita sedikit sebanyak akan bergerak di atas kemampuan anggota2 sektor awam dan swastanya tanpa terlalu terikat dengan personaliti2 politik. Itu lebih baik daripada terpaksa melayan karenah pentadbir2 negara yang berbalah sesama sendiri sehingga melibatkan jentera pembangunan kerajaan dan negara.

Monday, August 3, 2009

On Political Stakeholders of Malaysia


Demonstrasi anti-ISA masih heboh diperkatakan. Masyarakat masih rancak membicarakan sama ada demonstrasi ini memberikan kebaikan atau keburukan. Di kem BN, sudah tentunya demonstrasi ini dilihat sebagai satu lagi program yang tidak berfaedah dan menggugat kestabilan negara. Di kem PR pula demonstrasi ini dilihat sebagai satu kejayaan berdasarkan liputan yang amat meluas yang diberikan oleh media sama ada di dalam atau di luar negara. Apa yang menarik perhatian saya dalam isu demonstrasi ini ialah keupayaan pihak PR (terutamanya PAS) dalam menggembengkan ahli2 dan pengikutnya untuk menghadiri demo ini. Tanpa dijanjikan wang ringgit (saya tidak percaya adanya sogokan wang ringgit) rakyat Malaysia dari segenap pelusuk tanahaiar turun ke KL untuk menjayakannya. Walaupun amaran demi amaran telah diberikan oleh pihak Polis, mereka langsung tidak menghiraukan amaran-amaran tersebut. Amat berbeza sekali jika kita lihat kepada perancangan Pro-ISA di mana setelah beria-ia merancang untuk 'sama naik' dengan geng2 anti-ISA, geng Pro-ISA beransur2 mengundurkan diri sehinggalah berbaki seorang hamba Allah yang berjalan kaki dan menikmati buah durian berdekatan dengan Istana Negara.
Yang ingin saya bicarakan di sini ialah apa yang 'membolehkan' 20000-30000 orang (ada laporan berkecuali yang mengatakan setinggi 40000) ini untuk pergi berhimpun di KL walaupun pelbagai amaran telah diberikan. Perlu diingat jumlah ini dikira agak besar kerana kalau kita lihat prinsip persampelan statistik, jika andaian 1 hadir mewakili 10 yang tidak hadir, kita sebenarnya menyaksikan 200k ke 300k rakyat Malaysia yang memberikan protes secara langsung terhadap ISA.
Apa yang saya nampak ialah kumpulan2 ini wujud disebabkan mereka tidak lagi melihat kepentingan2 negara itu sebagai sebahagian daripada mereka. Mereka tidak menganggap keuntungan perniagaan di Jalan TAR itu adalah milik mereka. Mereka juga tidak menganggap tindakan mereka akan mencemarkan nama Malaysia tetapi hanya mencemarkan nama kerajaan BN. Sikap begini adalah satu indikasi bahawa mereka rasa mereka bukanlah 'stakeholders' di dalam kerjaan Malaysia.
Dengan mengandaikan bahawa kerajaan Malaysia adalah kerajaan BN dan geng2 anti-ISA adalah puak PR mungkin anda menganggap tidak ada kesalahannya dalam memberikan tanggapan begitu (anti-ISA non stakeholders). Tetapi bagi saya jika pemerintah ingin melihat rakyatnya mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara, konsep stakeholder ini wajar dipraktikkan.
Bagi saya timbul isu non-stakeholders ini berkait rapat dengan polisi 'divide and rule', dan 'isolate the opposition' yang di amalkan selama ini. Di peringkat2 jabatan kerajaan umpamanya, staf2 yang cenderung kpd pembangkang akan di'cold storage'kan dan dlm kes2 ekstrem di tukarkan ke pedalaman, Sabah dan Sarawak. Di kampung2, mereka yang dilabel pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk memohon bantuan atau menyertai program2 yang dianjurkan kerajaan. Peniaga/Businessman pula hanya mampu berniaga kecil2lan atau dalam bahasa mudahnya B2C (Bus. to Consumer) sahaja, peluang2 utk B2G (Bus to Govt) adalah amat mustahil kecuali mempunyai hubungan dengan parti pemerintah.
Maka tidak hairanlah, lama kelamaan mereka merasakan bahawa mereka tiada lagi kepentingan dalam pembinaan negara (nation building), tenaga mereka tidak pernah dianggap penting malah dipulaukan. Dalam peringkat seperti ini urusan pentadbiran dan kerajaan lebih dilihat sebagai aktiviti BN sahaja. Segala arahan pula tidak akan mereka patuhi kerana sebab2 yang diberi (menjejaskan perniagaan, ketenteraman) tidak lagi relevan kpd mereka kerana selama ini pun hidup mereka telahpun terjejas akibat polisi2 BN itu.
Oleh itu, di dalam era di mana pecahan sokongan kepada pemerintah hanyalah pada kadar 50% sahaja, pendekatan "divide-isolate and rule" ini sudah lagi tidak relevan memandangkan jumlah mereka yang menjadi mangsa "divide-isolate and rule" adalah teramat besar, hampir menyamai mereka2 yang menyokong pemerintah. Pada kadar 50% ini, boleh dikatakn kerajaan BN menghadapi kesukaran mengekalkan kredibilitinya di mata rakyat.
Di titik persimpangan ini kerajaan hanya ada dua pilihan, pilihan perama ialah dengan memerintah dengan gaya yang lebih keras (disebabkan penyusutan kredibilit) atau mengambil pendekatan melibatkan kerjasama dari semua warga Malaysia. Saya lebih cenderung untuk mencadangkan pendekatan kedua iaitu dengan melihat semua rakyatnya adalah stakeholders. Mana2 yang belum lagi menjadi stakeholders, kerajaan perlu jadikan mereka stakeholders. Di dalam proses ini sudah tentu kerjaan BN akan kelihangan beberapa benda antaranya akan dilihat berlembut dengan pembangkang, tapi percayalah, jika BN benar2 ikhlas dalam perjuangan itu tidak akan menjadi masalah yang besar, bak kata org tua2 "ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya".
Di peringkat negeri, satu contoh stakeholders ialah dengan memberikan royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan untuk diuruskan kerajaan PAS. Apabila hubungan royalti itu terjalin antara PAS-Petronas-Kerajaan BN-Pengusaha Industri Minyak (Banyak juga BN) satu hubungan yang dinamik akan terjalin. Ketika itu, a plain 'UMNO Kafir' atau 'PAS Barua' tidak akan mudah terungkap mengenangkan 'stakes' at hand.
Tinggal lagi, adakah kerajaan BN sanggup mengambil pendekatan se-drastik ini???