I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Friday, July 17, 2009

On Meningkatkan Integriti SPRM

Kematian Teoh memang mengejutkan banyak pihak. Kematian beliau sejurus selepas berhadapan dengan sesi soal siasat SPRM telah menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya. Saya sebenarnya tidak berhasrat utk memberikan komentar tentang kes kematian Teoh, tetapi saya ingin menarik perhatian pembaca tentang tindakan2 SPRM yang kelihatan lebih cenderung 'menyerang' anggota2 PR.

Pada asalnya saya amat menyambut baik penubuhan SPRM untuk menggantikan BPR atas inisiatif Pak Lah beberapa bulan yang lalu. Dengan memberikan lebih banyak keistimewaan dan kuasa, pihak SPRM diharap dapat melakukan kerja dengan lebih baik untuk membenteras gejala rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia. Malangnya, perasaan gembira itu semakin lama semakin pudar kerana SPRM nampaknya lebih memfokuskan penyiasatan kepada tokoh2 PR. Bermula dari isu 2 ADUN PKR di Perak, TPM 1 di Penang dan sekarang ini di Selangor, pihak SPRM dilihat ghairah mengepung personaliti2 Pakatan Rakyat dalm mencari sabitan kes salah laku. Sebagai org baru dalam memerintah, ketidak cekapan ADUN2 PR mengurus tadbir seolah2 menjadi 'lubang' ampuh utk SPRM dlm mengintai peluang mencari sabitan.

Harus diingat, terhakisnya pengaruh BN dalam pilihanraya yang lepas ialah disebabkan persepsi rasuah di kalangan ahli BN yang berleluasa. SPRM dilihat sebagai satu mekanisme utk menangani isu ini. Jika SPRM kelihatan lebih ghairah utk mengejar PR, isu asal (BN korup) masih tidak terjawab. Adakah dengan memerangi PR maka sekonyong-konyongnya BN menjadi bersih lagi suci?? Jika anda berbau busuk, menuduh org lain busuk tidak akan menjadikan badan anda berbau wangi. Oleh itu perkara ini perlu dilihat semula oleh pemikir2 BN. Rakyat Malaysia generasi baru berupaya membuat analisa dan melihat sesuatu perkara dngan lebih objektif. Jangan jadikan peristiwa ini dilihat sebagai satu lagi usaha pihak BN menekan PR seterusnya menebalkan lagi sentimen ketidakpercayaan rakyat kepada parti pemerintah yang sedang dilihat korup itu.

Tuesday, July 7, 2009

On the need for Positive Thinking

Di dalam pergaulan harian saya selalu mendengar orang memberi pelbagai komen terhadap sesuatu perkara. Malangnya kebanyakannya dari komen2 ini bersifat negatif. Kadang2 sambil menunggu masa utk berurusan di kaunter, apa yang saya dengar hanyalah ngomelan itu tak kena dan ini tak kena. Sifat sebegini bukan shj boleh dilihat di kaunter2 perkhidmatan, malahan di semua tempat sama ada di kedai kopi, tempat2 awam, bilik mesyuarat, seminar dsbg. Ianya begitu teruk sekali sehingga salam perkenalan pun dipenuhi dengan komen2 negatif tentang itu dan ini - isu politik menjadi kutukan utama :-)
Sifat yang membiasakan diri dengan komen2 negatif sebenarnya tidak baik utk diri kita dan masyarakat. Ianya tidak baik untuk diri kita kerana ia mempengaruhi kita untuk berfikir yang bukan2 apabila kita terpaksa berdepan dengan sesatu masalah. Sentimen negatif yang melampau ini boleh menyebabkan kita gagal menyelesaikan masalah yang mudah2 kerana sebelum apa-apa kita sudah pun membuat kesimpulan bahawa masalah yang kita hadapi itu sukar, susah dan mustahil utk diselesaikan. Sentimen negatif juga menafikan kita peluang untuk mempelajari perkara baru. Dalam setiap perkara yang kita hadapi mesti ada benda yang boleh dipelajari. Bak kata orang pengalaman itu mendewasakan. Permasalahan yang kita hadapi itu mungkin menuntut kita utk menebal muka, memerah keringat dan otak utk menghadapinya tetapi percayalah, apabila permasalahan itu dapat ditangani, banyak input baru yang kita akan perolehi sebagai bekalan untuk kita menempuhi hari muka. Jika kita asyik melabelkan sesuatu sebagai negatif dan seterusnya mengelakkan diri dari isu yang dihadapi bila lagi kita hendak mengkayakan diri kita dengan pengetahuan baru.
Masyarakat turut menerima tempias apabila gejala berfikiran negatif meracuni setiap ahlinya. Pendekatan2 baru dengan invosai terkini mungkin sukar utk dilaksanakan akibat dari komen2 negatif apabila ianya dibentangkan di mesyuarat atau forum2 awam. Akhirnya negara tidak akan dapat membangun dengan sempurna hanya kerana segala pembangunan itu tersekat2 dek perbalahan yang tak berkesudahan.
Apapun sentimen berfikiran negatif ini mungkin tidaklah seburuk yang saya sangka. Dan semua orang sedang sedaya upaya untuk berfikiran positif demi untuk menempuhi hidup yang lebih bermakna :-)