I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Thursday, August 27, 2009

On The Need for a True Dual-Party Political System

Parti-parti di dalam BN berantakan lagi. UMNO, parti utama di dalam Barisan Nasional masih belum pulih dari kekalahan PRU12 yang lepas. Setelah 7 kali PRK diadakan UMNO hanya mampu mempertahankan Batang Ai di samping terpaksa berputih mata didalam 6 PRK yang lain. Kewujudan puak2 di dalam UMNO, kelemahan berkomunikasi dengan rakyat dan kelemahan di dalam memastikan UMNO bersih dari rasuah menyebabkan UMNO sehingga kini masih lagi bergelut utk mencari tapak kestabilan. MCA, parti komponen kedua terbesar juga sedang menghadapi masalah dalaman. Kemasukan Datuk CJM ke dalam PKR, pemecatan Datuk CSL dari MCA dan skandal PKFZ telah menggegarkan MCA dengan adegan cabar mencabar sesama ahli. MIC, sebuah lagi parti di dalam BN masih menghadapi kemelut kepimpinan yang tidak berkesudahan. Begitu juga dengan PPP yang sudah pun berpecah dua kepada kumpulan Datuk M Kaveas dan Murugiah.

Ada yang mengeluh betapa BN sudah tidak kuat 'seperti dahulu lagi' atau BN sekarang berantakan 'tidak seperti dahulu'. Sebenarnya krisis dalaman parti BN merupakan perkara yang sentiasa berlaku. Siapa yang sudah lupa tentang krisis MCA di tahun 80-an yang memaksa UMNO campur tangan atau pergaduhan di antara Datuk Samy Vellu dengan Bekas Timbalannya sedikit masa dahulu. Dan sudah tentu masyarakat tidak akan lupa dengan krisis dalaman UMNO yang menyebabkan perpecahan kepada S46 dan Parti Keadilan Rakyat.

Soalnya berapa lamakah rakyat dapat bertolak ansur dengan perbalahan tak berkesudahan ini??? Perbalahan ini sebenarnya sedikit sebanyak telah menjejaskan pentadbiran negara. Kos kehidupan semakin meningkat. Sebenarnya kuasa beli rakyat kita amat jauh ketinggalan dengan negara serantau. Kos membeli kenderaan umpamanya adalah berkali ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan Spore atau Thailand. Kos sewaan hotel di Dubai utk sebuah bilik sederhana adalah lebih kurang RM1500/malam berbanding dengan RM200/malam untuk sebuah bilik dengan fasiliti yang sama di Kuala Terengganu. Keadaan begini sebenarnya menekan rakyat kerana dengan gaji bulanan yang kecil, mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi terutama jika memakai barangan dari luar negara.

Adakah kita terpaksa melayan drama-drama di dalam BN sehingga usaha2 membangunkan negara terpaksa ditangguh atau diperlahankan. Adakah kita terpaksa akur dengan perlantikan2 berbau politik ke atas jawatan2 tertentu negara akibat dari krisis antara personaliti di dalam BN??

Sebab itu saya sebenarnya lebih selesa untuk kita mengorak langkah kepada sistem dua parti di mana jika BN berantakan PR boleh mengambil alih. Jika PR pula berantakan BN boleh mengambil alih. Dengan keadaan ini, negara kita sedikit sebanyak akan bergerak di atas kemampuan anggota2 sektor awam dan swastanya tanpa terlalu terikat dengan personaliti2 politik. Itu lebih baik daripada terpaksa melayan karenah pentadbir2 negara yang berbalah sesama sendiri sehingga melibatkan jentera pembangunan kerajaan dan negara.

No comments:

Post a Comment