I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Saturday, November 7, 2009

On Academic Oriented Paper Presentation in PAS Seminar

Pembentangan Dr. Abu Hasan sebenarnya tidak boleh diterima secara bulat. Seperti kajian2 penyelidikan yang lain, ianya harus dilihat, dibaca dan dikupas dari sudut akademik. Ambil contoh kenyataan Dr. Abu Hasan yang dipetik dari blog http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/11/07/26573/ seperti berikut:

"Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini. Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas. Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini."

Ada beberapa perkara yang boleh diulas dalam kenyataan ini:

1. Adakah andaian (assumption) "sebelum ini mula positif dengan Pas" adalah andaian yang sudah terbukti atau sebenarnya sebelum ini yang berlaku ialah sentimen Anti-Abdullah Badawi sedang membuak2? Adakah wujud satu sub kajian yang dapat menjawab persoalan ini atau ianya hanya satu andaian untuk memudahkan pen'skop'an penyelidikan.

2. Adakah "peningkatan peratusan negative yang amat tinggi" sudah mengambil kira kewujudan cybertroopers atau perancangan "Unit Saraf" parti BN yang menyusup masuk dalam blog atau mewujudkan blog2 'decoy' untuk memberikan gambaran buruk kpd PAS. Jika khabar angin bahawa BN telah mewujudkan unit cybertrooper dengan 3000 org ahli adalah benar maka tidaklah memeranjatkan jika mereka berupaya mewujudkan lebih banyak blog2 yang mengelirukan.

3. Apakah kadar 'reliability' ujian ini? Adakah ujian ini boleh memberikan gambaran langsung terhadap pola pengundian kepada PAS atau ianya hanya menjurus kepada ketepatan terhadap soalan2 yang dikemukakan. Jika soalan yang dikemukan tidak berbentuk 'direct' adakah soalan tersebut boleh dihubungkaitkan secara langsung dgan isu yang ingin ditanya (apakah kadar reliability nya)?

Kesimpulannya walaupun dapatan yg dibuat oleh Dr. Abu Hasan itu adalah amat berguna tetapi kebolehgantungan andaian, isu sebenar dalam kajian, ketepatan hasil dan impak sebenar susulan dapatan itu perlu dikaji dengan lebih mendalam.

Pendek kata unit penyelidikan PAS perlu berfungsi sepenuhnya dalam membuat kajian2 berkenaan dengan PAS. Dan unit penyelidikan ini seharusnya dianggotai oleh org2 yang benar hadam dalam membuat kajian (academicians, researchers dsbgnya) dan bukan semata2 some individuals yang dilantik ke jawatan penyelidik dan cuba berlagak seolah2 mereka tahu serba serbi tentang penyelidikan.

Suka cadangkan supaya PAS mewujudkan satu tabung penyelidikan (r&d). Dengan dana ini segala aktiviti penyelidikan boleh dilakukan dengan dapatan digunakan oleh PAS dalam menentukan halatuju mereka.

No comments:

Post a Comment