I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.
Wednesday, November 18, 2009
On Media dan Kerajaan
Beberapa hari lalu TV3 membuat pendedahan tentang kebanjiran warga afrika di Malaysia. Pendedahan eksklusif ini sebenarnya adalah sebahagian dari pendedahan-pendedahan lain yang terjadi di negara kita Malaysia. Bukan sahaja TV3, malah TV1 dan TV2 bersama-sama dengan NTV7, TV9 dan TV8 juga selalu mendedahkan pelbagai isu di dalam negara.
Pendedahan media ini ada yang dilayan kerajaan dan ada yang tidak dipedulikan langsung. Sudah tiba masanya isu-isu yang diketengahkan pihak media WAJIB dijawab dalam masa beberapa hari oleh pihak berkuasa sama ada di peringkat kerajaan tempatan, kementerian mahupun di peringkat Menteri2. Kerajaan harus dilihat sebagai satu entiti yang begitu perihatin terhadap masalah yang dibangkitkan. Masalah yang diketengahkan harus dijawab dalam kadar segera (beberapa hari). Jika hakikat sebenarnya tidak timbul sebarang isu, kerajaan masih perlu menerangkan perkara sebenar supaya orang ramai faham tentang situasi yang diisukan.
Dengan membiarkan isu-isu yang dipaparkan di media tanpa dijawab atau lambat dijawab ini boleh menimbulkan satu persepsi bahawa kerajaan sebenarnya mengambil sikap acuh tidak acuh dengan permasalahan rakyat yang dipaparkan di media. Dengan kata lain, kerajaan dilihat tidak menghayati kesusahan yang sedang rakyat hadapi. Akhirnya kerajaan yang memerintah akan dilabel sebagai sombong, bongkak dan tidak layak diberi kepercayaan untuk menguruskan/mentadbir urusan2 yang berkaitan dengan rakyat.
Isu warga afrika yang dibangkitkan oleh TV3 umpamanya adalah satu isu besar yang sudah berulang di media yang harus dijawab oleh kerajaan (Menteri) dengan penuh komited bukan sekadar mengakui kewujudan mereka tapi apakah perancangan, mekanisme dan tempoh masa kerajaan utk menangani isu ini.
Penulis akui, isu2 yang diketengahkan media banyak mendapat maklumbalas pihak berwajib terutamanya isu2 diperingkat kerajaan tempatan. Walaubagaimanapun ada isu2 besar seperti kebanjiran warga asing, mat rempit kelihatan masih tidak ditangani dengan baik dimana polisi yang tegas dan lantang masih kurang kedengaran dari pihak kerajaan.
Saturday, November 7, 2009
On Academic Oriented Paper Presentation in PAS Seminar
Pembentangan Dr. Abu Hasan sebenarnya tidak boleh diterima secara bulat. Seperti kajian2 penyelidikan yang lain, ianya harus dilihat, dibaca dan dikupas dari sudut akademik. Ambil contoh kenyataan Dr. Abu Hasan yang dipetik dari blog http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/11/07/26573/ seperti berikut:
"Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini. Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas. Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini."
Ada beberapa perkara yang boleh diulas dalam kenyataan ini:
1. Adakah andaian (assumption) "sebelum ini mula positif dengan Pas" adalah andaian yang sudah terbukti atau sebenarnya sebelum ini yang berlaku ialah sentimen Anti-Abdullah Badawi sedang membuak2? Adakah wujud satu sub kajian yang dapat menjawab persoalan ini atau ianya hanya satu andaian untuk memudahkan pen'skop'an penyelidikan.
2. Adakah "peningkatan peratusan negative yang amat tinggi" sudah mengambil kira kewujudan cybertroopers atau perancangan "Unit Saraf" parti BN yang menyusup masuk dalam blog atau mewujudkan blog2 'decoy' untuk memberikan gambaran buruk kpd PAS. Jika khabar angin bahawa BN telah mewujudkan unit cybertrooper dengan 3000 org ahli adalah benar maka tidaklah memeranjatkan jika mereka berupaya mewujudkan lebih banyak blog2 yang mengelirukan.
3. Apakah kadar 'reliability' ujian ini? Adakah ujian ini boleh memberikan gambaran langsung terhadap pola pengundian kepada PAS atau ianya hanya menjurus kepada ketepatan terhadap soalan2 yang dikemukakan. Jika soalan yang dikemukan tidak berbentuk 'direct' adakah soalan tersebut boleh dihubungkaitkan secara langsung dgan isu yang ingin ditanya (apakah kadar reliability nya)?
Kesimpulannya walaupun dapatan yg dibuat oleh Dr. Abu Hasan itu adalah amat berguna tetapi kebolehgantungan andaian, isu sebenar dalam kajian, ketepatan hasil dan impak sebenar susulan dapatan itu perlu dikaji dengan lebih mendalam.
Pendek kata unit penyelidikan PAS perlu berfungsi sepenuhnya dalam membuat kajian2 berkenaan dengan PAS. Dan unit penyelidikan ini seharusnya dianggotai oleh org2 yang benar hadam dalam membuat kajian (academicians, researchers dsbgnya) dan bukan semata2 some individuals yang dilantik ke jawatan penyelidik dan cuba berlagak seolah2 mereka tahu serba serbi tentang penyelidikan.
Suka cadangkan supaya PAS mewujudkan satu tabung penyelidikan (r&d). Dengan dana ini segala aktiviti penyelidikan boleh dilakukan dengan dapatan digunakan oleh PAS dalam menentukan halatuju mereka.

Monday, November 2, 2009
On Budget and Dr. Asri
The full 2010 budget as being presented by our PM is quite disappointing. The focus seems to be on the lower income groups and the business players instead of the society in general. Or is it that this country is already broke and heavily in debt? The middle class make up the majority portion of our society but yet the budget seems to alleviate the economic burden faced only by the lower income group. The announcement of 1% reduction is of no help either because muslims have to pay zakat. With or without the tax, the zakat has to be paid. The credit card tax seems to be one of the main issues. RM50 per card seems to be to expensive considering we usually carry around two or three cards. The property tax however seems to be a right move. Nowadays people treat home purchasing as a business deal instead of calling it a home. They buy the house because they want to sell it for profit. The government's move to tax this activity is spot on. More importantly, without the customary bonuses, 2010 will be dealt differently from the previous years.
Yesterday this country is shocked by the news of Dr. Asri's arrest. Interestingly, the arrested party (JAIS) seems don't know why they are arresting him. Please JAIS, don;t make Malaysia a laughing stock. Your behavior suggests that you are akin of a mad-man running amok who just destroy people's property, hacked people down without considering why he has to do it. This is very shamful.

Subscribe to:
Posts (Atom)