I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Tuesday, October 13, 2009

On Post Bagan Pinang

Nampaknya PRK Bagan Pinang sudah pun berlalu dengan kemenangan berpihak kepada Tan Sri Isa Samad. Tahniah diucapkan. Nampaknya kemenangan beliau adalah di luar jangkaan PR. Kemenangan ini juga adalah satu permulaan yang baik bagi persidangan UMNO yang sedang berlangsung. Ianya diharap akan menjadi satu peniup semangat untuk ahli UMNO meneruskan perjuangan.

Adapun di pihak PR, diharap mereka dapat menyusun langkah yang lebih kemas di masa hadapan. Adalah amat memalukan apabila sehabisnya PRK tunding menunding sudah berlaku. Bagi saya tidak ada cacat celanya kempen PR yang bertemakan anti-rasuah itu. Apabila rakyat tidak menerima PAS maka tidak perlulah dituduh individu2 di dalam PR sebagai penyebabnya. Hidup ini ada pelbagai pembolehubahnya..boleh jadi kerana TS ISA sudah dianggap sebagai bapa di atas jasanya, atau struktur komuniti amat bergantung kepada BN atau boleh jadi juga mereka tidak bersedia untuk berubah buat masa ini maklumlah 'change is pain'. Oleh itu PR kena lihat dalam bentuk yang positif dan jadikan alasan2 penduduk ini sebagai penunjuk kepada penambahbaikan di masa hadapan.

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila terdapatnya segelintir di dalam PR yang mula mempersoalkan PAS Selangor. Apabila kita memerintah, ada etika dan protokol yang perlu diikuti utk memastikan kestabilan kerajaan. Bertempikan menyatakan ketidakpuasan hati di khayalak ramai hanya akan memualkan org. Golongan ini perlu belajar dari penjajah British, Farsi, Mongol dan lain2 penjajah yang hebat. Cara-cara mengekalkan autoriti itu amat penting dan penjajah-penjajah ini ada tips dan tekniknya. Jika kita memandang lekeh dengan protokol dan adab2 ini dan berterusan memperlekehkan kepimpinan maka sedarlah tuan-tuan dan puan-puan BN akan menang besar di PRU13...dan selamat kembali kepada Dato Seri Khir Toyo.

Friday, October 2, 2009

On Huha Di Selangor

Kekecohan yg berlaku di antara Dap dan Pas di Sngor adalah satu insiden yang menjatuhkan kredibiliti Pr. Tanpa mengira siapa yang salah atau siapa yang betul isu ini sebenarnya boleh ditangani dgan cemerlang sekali jika semua pihak bersangka baik. Umpamanya apabila UMNO menyatakan sokongan kpd Pas. apa yang Pr boleh lakukan ialah memalu kompang bahawa tindakan komponen Pr diterima semua pihak termasuk pihak lawan. Malangnya sesetengah pihak dlm Pr lebih cenderung utk menghukum pihak yang tidak sependapat dgan mereka. Perkara sebegini sebenarnya memalitkan lumpur bukan shj kpd org tertentu tetapi kepad Pr itu sendiri. Apapun people are watching..oleh itubersangka baiklah dan jgn  ghairah sgt pabila diberi sekelumit kuasa.

Thursday, September 24, 2009

On Susah Sangatkah Untuk Merendah Diri

Musim perayaan merupakan satu musim yang cukup meriah. Boleh dikatakan seluruh warga Malaysia merayakannya dengan sepenuh hati baik muslim ataupun bukan muslim. Bagi muslim kebanyakan yang bekerja di bandar2 besar akan pulang ke kampung untuk meraikannya bersama keluarga dan sanak saudara. Apa yang cukup menjengkelkan saya ialah sikap pemandu2 kita apabila pulang berhari raya. Saban tahun kita dihidangkan dengan kisah2 tragis di hari raya, isteri menjadi balu, anak2 kehilangan ibubapa dek kemalangan di jalan raya. Sepanjang pulang ke kampung halaman baru2 ini tidak kurang dari lima kemalangan yang berlaku di depan mata saya. Saya cukup takjub memikirkan bagaimana kemalangan boleh berlaku walhal kereta bergerak perlahan-lahan, bertali-arus, berkilometer panjangnya. Pada hemat saya pemandu (terutama semasa perayaan) ada beberapa kategori:

Kategori 1 : Baru Dapat Lesen
Pemandu kategori ini tidak pandai 'membaca' trafik flow. Pemanduan mereka teragak2, menekan brek tak kena masa, memotong dengan menggunakan gear tinggi, tidak boleh 'membaca' jarak selamat semasa memotong, memandang rendah julat membrek dengan selamat.

Kategori 2 : Budak Muda (Org Tua Hati Muda) dgn Lesen Motor/Kereta
Mereka lebih bahaya dari kategori 1. Bermain kejar mengejar/cabar mencabar di jalan raya. Mereka ibarat 'kera mendapat bunga' kerana mereka gagal menghargai apa yang mereka ada (motor/kereta) dan apa yang ada disekitar mereka (NYAWA org lain, harta benda ORANG LAIN). Akhirnya ada yang 'terlanggar' kereta hadapan semasa menciluk seterusnya menganiaya insan lain untuk berhari raya. Saya tidak mengasihani mereka, saya lebih mengasihani org yang mereka langgar.

Kategori 3 : Berlagak
Mereka yang berlagak bagus adalah golongan yang paling menjengkelkan. Ada yang kononnya nak mencatatkan rekod terpantas sampai rumah, mempunyai kereta ubahsuai terhebat (kancil, myvi, viva), mempunyai skil menciluk yang tinggi, mempunyai kereta mewah (Merc, BMW, Audi) termahal paling hebat. Apabila barisan kereta terhenti disebabkan kesesakan dihadapan, mereka akan potong barisan, melintas di garisan berkembar, menerjah ke lorong kanan sambil menyalakan lampu ke arah trafik bertentangan kononnya meminta pemandu lain ke tepi. Pemandu Kategori 1 dan 2 pun ramai yang termasuk dalam kumpulan kategori 3 ini.

Apapun utk apakah semua ini jika kita tidak dapat pulang berhari raya di kampung. Yang lebih menyedihkan ialah utk apa semua ini jika akhirnya kita terlibat dengan kemalangan dan didakwa membunuh tanpa niat akibat kecuaian kita dalam memandu. Jika kerajaan serius utk menangani isu kemalangan di jalan raya, bagi saya soal 'BERLAGAK' perlu ditangani. Undang2 sudah ada, tapi jika sikap 'BERLAGAK' tidak ditangani maka sampai bilapun pemandu kita akan tetap begitu.