Nampaknya PRK Bagan Pinang sudah pun berlalu dengan kemenangan berpihak kepada Tan Sri Isa Samad. Tahniah diucapkan. Nampaknya kemenangan beliau adalah di luar jangkaan PR. Kemenangan ini juga adalah satu permulaan yang baik bagi persidangan UMNO yang sedang berlangsung. Ianya diharap akan menjadi satu peniup semangat untuk ahli UMNO meneruskan perjuangan.
Adapun di pihak PR, diharap mereka dapat menyusun langkah yang lebih kemas di masa hadapan. Adalah amat memalukan apabila sehabisnya PRK tunding menunding sudah berlaku. Bagi saya tidak ada cacat celanya kempen PR yang bertemakan anti-rasuah itu. Apabila rakyat tidak menerima PAS maka tidak perlulah dituduh individu2 di dalam PR sebagai penyebabnya. Hidup ini ada pelbagai pembolehubahnya..boleh jadi kerana TS ISA sudah dianggap sebagai bapa di atas jasanya, atau struktur komuniti amat bergantung kepada BN atau boleh jadi juga mereka tidak bersedia untuk berubah buat masa ini maklumlah 'change is pain'. Oleh itu PR kena lihat dalam bentuk yang positif dan jadikan alasan2 penduduk ini sebagai penunjuk kepada penambahbaikan di masa hadapan.
Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila terdapatnya segelintir di dalam PR yang mula mempersoalkan PAS Selangor. Apabila kita memerintah, ada etika dan protokol yang perlu diikuti utk memastikan kestabilan kerajaan. Bertempikan menyatakan ketidakpuasan hati di khayalak ramai hanya akan memualkan org. Golongan ini perlu belajar dari penjajah British, Farsi, Mongol dan lain2 penjajah yang hebat. Cara-cara mengekalkan autoriti itu amat penting dan penjajah-penjajah ini ada tips dan tekniknya. Jika kita memandang lekeh dengan protokol dan adab2 ini dan berterusan memperlekehkan kepimpinan maka sedarlah tuan-tuan dan puan-puan BN akan menang besar di PRU13...dan selamat kembali kepada Dato Seri Khir Toyo.
I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment