I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.
Monday, June 29, 2009
On Speaking on the Same Language
Baru-baru ini saya terbaca satu artikel dari Pak Kadir (TheScribe) tentang tuduhan2 PAS terhadap UMNO. Artikel ini mendapat mendapat maklum-balas yang hangat dari para pembaca. Ada yang pro dan ada yang kontra. Bagi saya, sebelum kita memberi komen atau menjawab isu2 yang dilontarkan, ada baiknya jika kita memahami gaya bahasa, budaya dan aspirasi aktor2 nya ( iaitu PAS, TGNA). Tanpa memahami perkara ini kesimpulan yang akan kita ambil mungkin sedikit tersasar dan tidak akan menyelesaikan masalah. Untuk membaca gerak-geri PAS kita perlu memahami aspirasi, budaya dan gerak kerjanya. PAS dibentuk dlm kerangka ISLAM. Sudah tentulah persoalan yang bermain di kepala ahli2nya ialah Halal, Haram, Harus, Sunat dan Makruh. Sudah tentu jugak persoalan Islam atau Kafir juga menjadi perkiraan. Untuk menjawab soalan2 berkenaan dengan PAS maka tidak dapat tidak soal hukum akan menjadi kupasan utama. UMNO seharusnya menggunakan kaedah hukum utk mendepani PAS bukannya dengan mengeluarkan isu lain seperti pembangunan. Jika anda terlibat dalam perbincangan fuqaha' Islam dan Imam2 mazhab, perbicangan ini kafir, itu haram adalah perkara biasa, org2 agama lebih memahami ttg perkara ini. Jika PAS ckap pasal agama dan UMNO ckap pasal pembangunan maka jadilah fenomena 'Itik bercakap dengan ayam'.
Tambahan pula budaya org agama mereka mempunyai Tuan Guru2,Ustaz, Imam dsbg (jika kita membaca sejarah perkembangan Ahli-Sunnah, begitulah budayanya) . Tuan Guru mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kepercayaan org ramai terhadap Tuan Guru bukannya dibentuk sekelip mata tapi ianya dibina bertahun2 lamanya. Sudah menjadi budaya org2 melayu, org2 tua sebegini kita perlu hormat. Kalau Tuan Guru menghamun kita maka kita dengarlah saje dengan penuh akur. Bukanlah org melayu menyatakan bahawa Tuan Guru itu maksum tetapi begitulah budayanya. Sebarang bentuk layanan cabar mencabar Tuan Guru, mengkritik terbuka tanpa mengira status dan usia ala2 barat cukup tidak disukai org melayu walaupun apa yang hendak dikatakan itu ada kebenarannya. Oleh itu jika UMNO ingin berdiskusi dengan orang2 berstatus Tuan Guru, maka org2 UMNO tersebut mestilah setaraf dengannya. Tokoh2 seperti Dr. Maza, Ust. Hairussani adalah dikira setaraf. Lebih elok lagi jika pandangan Dato' Jamil Khir (Menteri Agama) sebagai org berotoriti diambil pandangannya. Itupun kena berhati2. Jika masyarakat melihat tokoh Agama hanya digunakan SEMASA melawan PAS sahaja tapi tidak diambil peduli dalam rutin pengurusan harian maka kredibiliti pandangan mereka juga akan menurun. Kalau setakat Ketua Cawangan mana2 yang sebenarnya ghairah untuk mendapatkan nama, anda sepatutnya belajar dari apa yang telah terjadi dgn Dato Anuar Musa atau Dato Pa yang sekarang bersikap lunak apabila berdepan dengan PAS. Bukan kerana mereka tidak pernah bersifat kritikal, tapi mereka telah merasai bahawa sikap kritikal mereka yang keterlaluan terhadap Tuan Guru akan lebih merosakkan UMNO dari menjatuhkan kredibiliti Tuan Guru. (Dan Tuan Guru di sini bukanlah merujuk kepada Nik Aziz semata2)
UMNO juga harus faham aspirasi perjuangan PAS. Perjuangan PAS memandang tinggi aktivis2 dari pertubuhan Islam yang lain seperti Jemaat Islami, Ikhwanul Muslimin dari luar negara. PAS sebenarnya adalah satu kesinambungan daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Othmaniah di mana Kamal Attartuk tidak lagi mahu bertanggung jawab sebagai Khalifah semua umat Islam. Sikap Kamal Attartuk ini adalah selaras dengan semangat kebangsaan (nationalist) atau pembentukan negara bangsa. Segolongan umat Islam (Sheikh Abduh dan Jamaluddin Afghani) tidak bersetuju dengan pemecahan wilayah Islam yang sudah wujud berkurun2 lamanya (dari 700AD - 1900 AD - 12 kurun, seribu dua ratus tahun..lama tu) kepada wilayah2 mengikut bangsa. Golongan2 ini melihat negara bangsa sebagai satu lagi kaedah penjajah barat untuk terus mengaut kekayaan peribumi dan menghancurkan pengaruh Islam. Perjuangan 'Kebangkitan Islam' inilah yang didokong oleh PAS dimana UMNO dilihat sebagai satu lagi kesinambungan wakil penjajah. Oleh itu jika UMNO memahami aspirasi PAS ini beberapa pendekatan boleh dilakukan untuk menjawab asakan2 dari PAS antaranya "masa sudah berubah" atau "aktor2nya sudah bertukar" atau UMNO sendiri boleh memberikan jaminan bahawa hak2 Islam tidak pernah terancam di dalam UMNO.
Given these facts.. mahukah UMNO menurut kaedah ini?? Hanya UMNO yang mampu menjawabnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Quran dan Hadis yang sama dirujuk oleh UMNO dan PAS. Tapi kenapa UMNO lebih rela tunduk kepada nafsunya tanpa rasa bersalah terhadap hukum Allah? Kenapa dalam solat UMNO ikut rukun tapi diluar solat ikut kepala mereka sendiri sahaja. Kebenaran disorok. Takut untuk bertanggungjawab. Cakap putar belit. Kenapa ye UMNO macam itu? Sedangkan mereka baca Al-Quran dan hadis yang sama.
ReplyDelete