I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Saturday, October 17, 2009

On Kempen Alaf Baru

Jika anda bertanding sesuatu pilihanraya...usah bercakap soal ketelusan atau soal rasuah..tapi kumpul penyokong2 anda dan buat seperti berikut:







Pastikan penyokong anda menunjukkan bontot mereka sepanjang masa.. undi anda pasti akan naik berganda. Malaysia Boleh!!!

On Islam - Idealisme and Reality

There will be a sizeable portion of our society yang mempunyai masalah in dealing antara idealisme dan realiti di dalam melaksana dan mengamalkan Islam. Those yang duduk dalam aliran agama, dari kecil belajar agama, sekolah pun sekolah agama, tv tak tengok, masa dihabiskan disurau, mendengar ceramah, membaca Al-Quran ada yang menghadapi masalah bila berhadapan dengan dunia sebenar.They have problems on how to handle the reality. Sebenarnya ini adalah satu dilemma dalam masyarakat kita. Saya tidak mahu sempitkan kepada org2 PAS sahaja, sesiapa yang mempunyai fikirah agama selalunya berkecenderungan begitu. Sebab itu suka saya cadangkan kepada sesiapa yang sudi terima supaya diwujudkan satu kursus, bengkel, modul or whatever you call it untuk dijalankan samada di menengah atas, PLKN atau univ yang dpt memberi platform bimbingan, pencerahan di dalam kita menangani idealisme agama dan realiti kehidupan dan cabaran implementasi. Kepada org PAS (or better generalize kpd org2 agama) saya bukannya ingat memaksakan realiti ke dalam idealisme anda tapi saya lebih untuk membicarakan dengan serius bagaimana idealisme itu boleh diaplikasikan di dalam realiti tanpa perlu menimbulkan rift(jurang) dan polemik yang tak berkesudahan. Yang akhirnya akan merugikan kita semua.

Thursday, October 15, 2009

On Command Bubble Phenomenon among Malay Management Stye

Salah satu kelemahan di dalam gaya pentadbiran org melayu ialah apa yang boleh saya istilahkan sebagai 'command bubble' (CB). CB adalah satu fenomena di mana satu arahan dari pihak atasan telah bertukar wajah beberapa kali akibat dari kepentingan2 tertentu ketua2 bawahan (mid level and low level managers). Contohnya pihak atasan mensasarkan jualan tahunan sebanyak 20,000 unit. Angka ini bertukar menjadi 40,000 di peringkat pengurus pertengahan (mid-level) dan seterusnya bertukar lagi menjadi 100,000 apabila sampai kepada kakitangan eksekutif. Lain2 contoh termasuklah polisi pengurangan bajet yang bertukar dari had asal 100,000 kepada hanya 10,000 apabila sampai kepada pegawai pelaksana.

Situasi ini adakalanya disebabkan oleh sikap pengampu ketua2 dan pengurus2 di dalam cubaan mereka utk menunjukkan bahawa mereka adalah pekerja yang hebat. Ada juga yang ketua2 yang merasa takut untuk berpegang kepada angka yang diberikan kerana bimbang pekerja bawahannya tidak akan dapat mencapai sasaran seperti yang dikehendaki. Mereka mengambil jalan mudah dengan menggandakan sasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Situasi ini sebenarnya adalah satu situasi yang 'counter-productive'. Para pekerja umpamanya adalah barisan pertama yang akan menerima tekanan akibat CB ini. Dengan arahan yang kadang2 tidak masuk akal kakitangan terpaksa bertungkus lumus untuk memenuhi tuntutan mid-level dan low-level managers itu. Untuk lagi memburukkan keadaan pengarah mid-level dan low-level selalunya menekankan bahawa tuntutan ini datangnya dari org atasan (e.g. CEO). Jika tekanan ini tidak diurus dengan baik, akhirnya moral staff akan merudum dan perasaan 'burn-out' dan marahkan CEO akan berlaku (sbb mid-level dan low level kata CEO yang suruh). Bila staff dah down, pelanggan pun tidak akan mendapat layanan yang selayaknya. Apabila pelanggan marah2, yang kena adalah sykt dan CEOnya (ini arahan CEO kata staff di kaunter). Siapa yang rugi?? Jabatan dan Sykt jugak yang rugi.

Untuk menangani perkara ini saya cadangkan pihak atasan supaya mewawarkan dengan terang kehendak dan arahan mereka supaya maklumat ini sampai sehingga ke peringkat eksekutif. Ini dapat mengelakkan mid level dan low level managers mengambil kesempatan dgan memberikan arahan berganda guna utk mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan cara menambahkan penderitaan pekerja bawahan.

Adakah kita sedar perkara ini? Kadang2 bukan kita tidak sedar tapi perasaan gilakan pangkat dan kedudukan itu telah membutakan mata kita. Bagi kita mengampu itulah objektif hidup, bukannya menolong org atau membantu syarikat/ jabatan mencapai objektif masing2.