Musim perayaan merupakan satu musim yang cukup meriah. Boleh dikatakan seluruh warga Malaysia merayakannya dengan sepenuh hati baik muslim ataupun bukan muslim. Bagi muslim kebanyakan yang bekerja di bandar2 besar akan pulang ke kampung untuk meraikannya bersama keluarga dan sanak saudara. Apa yang cukup menjengkelkan saya ialah sikap pemandu2 kita apabila pulang berhari raya. Saban tahun kita dihidangkan dengan kisah2 tragis di hari raya, isteri menjadi balu, anak2 kehilangan ibubapa dek kemalangan di jalan raya. Sepanjang pulang ke kampung halaman baru2 ini tidak kurang dari lima kemalangan yang berlaku di depan mata saya. Saya cukup takjub memikirkan bagaimana kemalangan boleh berlaku walhal kereta bergerak perlahan-lahan, bertali-arus, berkilometer panjangnya. Pada hemat saya pemandu (terutama semasa perayaan) ada beberapa kategori:
Kategori 1 : Baru Dapat Lesen
Pemandu kategori ini tidak pandai 'membaca' trafik flow. Pemanduan mereka teragak2, menekan brek tak kena masa, memotong dengan menggunakan gear tinggi, tidak boleh 'membaca' jarak selamat semasa memotong, memandang rendah julat membrek dengan selamat.
Kategori 2 : Budak Muda (Org Tua Hati Muda) dgn Lesen Motor/Kereta
Mereka lebih bahaya dari kategori 1. Bermain kejar mengejar/cabar mencabar di jalan raya. Mereka ibarat 'kera mendapat bunga' kerana mereka gagal menghargai apa yang mereka ada (motor/kereta) dan apa yang ada disekitar mereka (NYAWA org lain, harta benda ORANG LAIN). Akhirnya ada yang 'terlanggar' kereta hadapan semasa menciluk seterusnya menganiaya insan lain untuk berhari raya. Saya tidak mengasihani mereka, saya lebih mengasihani org yang mereka langgar.
Kategori 3 : Berlagak
Mereka yang berlagak bagus adalah golongan yang paling menjengkelkan. Ada yang kononnya nak mencatatkan rekod terpantas sampai rumah, mempunyai kereta ubahsuai terhebat (kancil, myvi, viva), mempunyai skil menciluk yang tinggi, mempunyai kereta mewah (Merc, BMW, Audi) termahal paling hebat. Apabila barisan kereta terhenti disebabkan kesesakan dihadapan, mereka akan potong barisan, melintas di garisan berkembar, menerjah ke lorong kanan sambil menyalakan lampu ke arah trafik bertentangan kononnya meminta pemandu lain ke tepi. Pemandu Kategori 1 dan 2 pun ramai yang termasuk dalam kumpulan kategori 3 ini.
Apapun utk apakah semua ini jika kita tidak dapat pulang berhari raya di kampung. Yang lebih menyedihkan ialah utk apa semua ini jika akhirnya kita terlibat dengan kemalangan dan didakwa membunuh tanpa niat akibat kecuaian kita dalam memandu. Jika kerajaan serius utk menangani isu kemalangan di jalan raya, bagi saya soal 'BERLAGAK' perlu ditangani. Undang2 sudah ada, tapi jika sikap 'BERLAGAK' tidak ditangani maka sampai bilapun pemandu kita akan tetap begitu.
I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.
Thursday, September 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)