I don't have the luxury to write on this blog - However, these are the collections of my thoughts at one point or another.

Tuesday, July 7, 2009

On the need for Positive Thinking

Di dalam pergaulan harian saya selalu mendengar orang memberi pelbagai komen terhadap sesuatu perkara. Malangnya kebanyakannya dari komen2 ini bersifat negatif. Kadang2 sambil menunggu masa utk berurusan di kaunter, apa yang saya dengar hanyalah ngomelan itu tak kena dan ini tak kena. Sifat sebegini bukan shj boleh dilihat di kaunter2 perkhidmatan, malahan di semua tempat sama ada di kedai kopi, tempat2 awam, bilik mesyuarat, seminar dsbg. Ianya begitu teruk sekali sehingga salam perkenalan pun dipenuhi dengan komen2 negatif tentang itu dan ini - isu politik menjadi kutukan utama :-)
Sifat yang membiasakan diri dengan komen2 negatif sebenarnya tidak baik utk diri kita dan masyarakat. Ianya tidak baik untuk diri kita kerana ia mempengaruhi kita untuk berfikir yang bukan2 apabila kita terpaksa berdepan dengan sesatu masalah. Sentimen negatif yang melampau ini boleh menyebabkan kita gagal menyelesaikan masalah yang mudah2 kerana sebelum apa-apa kita sudah pun membuat kesimpulan bahawa masalah yang kita hadapi itu sukar, susah dan mustahil utk diselesaikan. Sentimen negatif juga menafikan kita peluang untuk mempelajari perkara baru. Dalam setiap perkara yang kita hadapi mesti ada benda yang boleh dipelajari. Bak kata orang pengalaman itu mendewasakan. Permasalahan yang kita hadapi itu mungkin menuntut kita utk menebal muka, memerah keringat dan otak utk menghadapinya tetapi percayalah, apabila permasalahan itu dapat ditangani, banyak input baru yang kita akan perolehi sebagai bekalan untuk kita menempuhi hari muka. Jika kita asyik melabelkan sesuatu sebagai negatif dan seterusnya mengelakkan diri dari isu yang dihadapi bila lagi kita hendak mengkayakan diri kita dengan pengetahuan baru.
Masyarakat turut menerima tempias apabila gejala berfikiran negatif meracuni setiap ahlinya. Pendekatan2 baru dengan invosai terkini mungkin sukar utk dilaksanakan akibat dari komen2 negatif apabila ianya dibentangkan di mesyuarat atau forum2 awam. Akhirnya negara tidak akan dapat membangun dengan sempurna hanya kerana segala pembangunan itu tersekat2 dek perbalahan yang tak berkesudahan.
Apapun sentimen berfikiran negatif ini mungkin tidaklah seburuk yang saya sangka. Dan semua orang sedang sedaya upaya untuk berfikiran positif demi untuk menempuhi hidup yang lebih bermakna :-)

No comments:

Post a Comment